Permohonan Meter Tnb
Permohonan meter tnb terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk kegunaan domestik dan komersial.
Domestik adalah untuk rumah kediaman dan komersial pula adalah untuk perniagaan.
Permohonan meter tnb adalah satu keperluan yang perlu dibuat ke pihak Tnb untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian.
Cara Permohonan Meter Tnb
Cara permohonan meter tnb adalah bergantung pada status permohonan meter yang hendak dibuat.
Jika status akaun tnb sedia ada masih aktif, permohonan hanya perlu menggunakan portal myTNB sahaja.
Permohonan ini hanya untuk proses penukaran nama pemilik sahaja iaitu menukar nama pemilik lama sedia ada kepada nama pemilik baru.
Permohonan Meter Tnb Baru
Permohonan meter tnb baru adalah status permohonan meter tidak pernah dibuat ke pihak tnb pada alamat premis yang hendak dipasang meter.
Contoh status permohonan baru adalah untuk rumah yang baru dibina, tapak projek dan bangunan baru.
Bagi permohonan yang baharu lantikan kontraktor elektrik berdaftar Suruhanjaya Tenaga adalah diperlukan bagi menguruskan permohonan meter tnb.
Kemasukan Semula Permohonan Meter Tnb
Untuk rumah, kedai, pejabat yang pernah dipasang meter tnb tetapi telah lama tidak diduduki juga perlu melalui lantikan kontraktor elektrik berdaftar.
Ini adalah bagi memastikan papan meter serta pendawaian elektrik adalah dalam berkeadaan baik sebelum permohonan meter boleh dilakukan.
Dokumen pengesahan dan pengujian pemasangan elektrik oleh pihak kontraktor elektrik berdaftar adalah diperlukan untuk kelulusan pihak tnb.
Jadi adalah penting untuk anda melantik kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi menguruskan permohonan meter tnb.
Selain itu untuk permohonan naik taraf meter tnb sedia ada dari 1 fasa ke 3 fasa juga perlu melantik kontraktor elektrik berdaftar bagi menguruskan permohonan.
Dokumen Permohonan Meter Tnb
Dokumen yang diperlukan adalah:
-
Salinan geran atau perjanjian jualbeli (S&P) atau Perjanjian sewa (Tenancy aggrement) atau cukai pintu.
-
Salinan kad pengenalan (permohonan atas nama individu) atau kad pengenalan salah seorang pengurus/pengarah (permohonan atas nama syarikat).
-
Salinan daftar syarikat SSM borang 49 dan borang 9 (jika atas nama syarikat Sdn Bhd) atau borang daftar perniagaan, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik (jika peniagaan pemilik tunggal atau perkongsian).
Setelah dokumen permohonan lengkap pihak kontraktor akan majukan permohonan ke tnb untuk kelulusan.
Jenis Permohonan Meter TNB
Terdapat dua jenis meter tnb yang digunakan untuk bacaan penggunaan bekalan elektrik rumah dan premis perniagaan.
Meter tnb 1 fasa adalah untuk penggunaan bebanan antara 1 kWH hingga 10 kWh. Kebiasaan untuk kegunaan elektrik adalah rendah contoh rumah kampung, rumah teres dan pangsapuri.
Meter tnb 3 fasa pula adalah untuk penggunaan bebanan melebihi 11 kWh. Kebiasaan untuk kegunaan elektrik adalah tinggi contoh rumah semi-d, rumah banglo, kondominium dan premis perniagaan.
Pengguna meter tnb 1 fasa sedia ada juga boleh membuat permohonan naik taraf ke meter tnb 3 fasa (upgrade 3 phase) jika kegunaan elektrik bertambah.
Caj Sambungan dan Cagaran Deposit Meter
Caj sambungan pengguna dan cagaran deposit meter akan dikeluarkan untuk proses pemasangan meter oleh pihak tnb.
Ianya perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan untuk pihak tnb menjalankan kerja-kerja pemasangan meter.
Caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan dan jenis premis sama ada domestik atau komersial
Tempoh Permohonan Meter Tnb
Proses pemasangan meter tnb kebiasaan mengambil masa antara 2 minggu dan keatas bergantung kepada kelulusan dan proses kerja dari pihak tnb.
Proses anggaran masa pasang meter tnb adalah bergantung kepada situasi keadaan tapak rumah atau premis perniagaan yang hendak di pasang meter elektrik setelah kelulusan diterima dari pihak tnb.
Kerja untuk pasang meter tnb adalah lebih cepat jika lokasi tiang elektrik sedia ada berdekatan dengan lokasi pasang meter.
Jika tiada tiang terdekat dan memerlukan penambahan tiang proses anggaran pasang meter tnb mungkin akan mengambil masa melebihi dua minggu bergantung pada proses kerja pemasangan tiang baru.
Proses pasang meter tnb juga akan mengambil masa jika sesalur kabel tnb perlu melalui laluan bawah tanah yang mana kerja mengorek tanah perlu dilakukan terlebih dahulu untuk laluan kabel.
Kontraktor Permohonan Meter Tnb
Permohonan baharu meter tnb hanya boleh dilakukan oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sahaja.
Pengguna boleh menyemak senarai kontraktor elektrik yang dilantik di ecos.st.gov.my
Hanya perlu memasukkan nama syarikat dan tekan butang Cari. Nama syarikat akan terpapar seperti dibawah jika telah berdaftar dan mempunyai lesen sebagai kontraktor elektrik.
Perkhidmatan Permohonan Meter Tnb
Kami adalah kontraktor tnb yang menawarkan perkhidmatan permohonan meter tnb.
Berpengalaman dalam menjalankan perkhidmatan permohonan meter tnb untuk rumah, kedai, dan pejabat.
Mempunyai lesen kontraktor elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Sila hubungi kami untuk pertanyaan kos pemasangan meter tnb rumah, kedai dan pejabat.