Kos Pemasangan Meter TNB 2024

Kos Pemasangan Meter TNB

Kos pemasangan meter tnb adalah berbeza bergantung pada jenis permohonan meter sama ada bekalan meter 1 fasa atau meter 3 fasa.

Kos Pemasangan Meter TNB 2021

Hanya kontraktor elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sahaja yang boleh membuat permohonan meter baru ke TNB. Sila semak terlebih dahulu kontraktor elektrik yang dilantik sama ada berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga di ecos.st.gov.my bagi mengelakkan kesulitan dikemudian hari.

Terdapat dua pembayaran yang perlu dibuat iaitu pembayaran kepada kontraktor yang menguruskan permohonan dan juga pembayaran ke TNB. Pembayaran kepada kontraktor kebiasaannya bergantung pada skop kerja pemasangan lengkap yang perlu dilakukan sebelum permohonan boleh dibuat ke TNB.

Pemasangan lengkap adalah kontraktor akan memastikan pendawaian dari lokasi papan meter ke dalam rumah adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kos permohonan yang dikenakan oleh pihak kontraktor juga termasuk kerja-kerja pengesahan pengujian pemasangan elektrik untuk kelulusan pihak TNB.

Setelah pemasangan elektrik telah lengkap dilakukan dan disahkan selamat barulah pihak kontraktor akan uruskan permohonan ke pihak TNB untuk proses kelulusan. Setelah mendapat kelulusan pembayaran ke pihak TNB perlu dilakukan iaitu caj sambungan pengguna dan deposit meter. Proses memasang meter elektrik atau bekalan elektrik akan dilakukan oleh pihak TNB setelah pembayaran dibuat.

Kos Permohonan Meter TNB

Terdapat 2 kos pembayaran iaitu pembayaran ke kontraktor dan pembayaran ke TNB. Pembayaran kepada kontraktor adalah untuk pengesahan pemasangan lengkap, pengujian dan permohonan ke TNB. Kos adalah bergantung pada skop kerja dan jenis permohonan. Pembayaran ke TNB pula adalah caj sambungan pengguna (CSP) dan juga cagaran deposit meter TNB.

Caj pengujian yang akan dikenakan oleh pihak kontraktor bagi menyediakan dokumen pengesahan adalah:

  • Borang H ( Borang pengujian).
  • Borang G (Borang perakuan Penyeliaan).
  • Pengesahan Pendawaian oleh Kompeten Elektrik.
  • Permohonan dan berurusan ke TNB.

Senarai Caj Permohonan dan Pengujian

  • Anggaran caj bayaran permohonan meter tnb dari RM600-RM1500

Pemasangan lengkap papan meter dan juga kotak agihan (DB Board) adalah perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum permohonan boleh dibuat ke pihak TNB. Anggaran kos pemasangan bergantung pada jarak kabel dari papan meter ke kotak agihan, jenis papan meter dan juga saiz kotak agihan yang hendak dipasang. Proses seterusnya permohonan akan dibuat oleh pihak kontraktor yang dilantik ke pihak TNB untuk kelulusan setelah perakuan dan pengujian dilakukan.

Caj Sambungan Pengguna (CSP)

Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan. Skop pemasangan adalah samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos 3 tiang pertama adalah termasuk dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB.

Senarai Caj Sambungan Pengguna Domestik

Caj sambungan Meter TNB 1 fasa

  • Sambungan kaki lima (Walkway): RM450
  • Tidak melebihi 3 tiang pertama: RM450
  • Setiap 1 tiang tambahan seterusnya: RM200

Caj sambungan Meter TNB 3 fasa

  • Sambungan kaki lima (Walkway): RM750
  • Tidak melebihi 3 tiang pertama: RM750
  • Setiap 1 tiang tambahan seterusnya: RM200
  • Sambungan talian bawah tanah (Underground): RM1700

Senarai Caj Sambungan Pengguna Komersial

Caj sambungan Meter TNB 1 fasa

  • Sambungan kaki lima (Walkway): RM450
  • Tidak melebihi 3 tiang pertama: RM450
  • Setiap 1 tiang tambahan seterusnya: RM200

Caj sambungan Meter TNB 3 fasa

  • Sambungan kaki lima (Walkway): RM1700
  • Tidak melebihi 3 tiang pertama: RM1700
  • Setiap 1 tiang tambahan seterusnya: RM200
  • Sambungan talian bawah tanah (Underground): RM1700

Caj sambungan diatas adalah anggaran sahaja dan bergantung kepada jarak dari tiang TNB terdekat. Pihak TNB akan mengeluarkan caj sebenar setelah permohonan meter baru dihantar oleh pihak kontraktor yang dilantik.

Cagaran Deposit Meter TNB

Caj cagaran deposit meter juga perlu dibayar ke TNB sebelum sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan untuk premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).

Senarai Deposit Meter 1 Fasa (Domestik)

Deposit meter 1 fasa kebiasaan adalah untuk penggunaan bebanan elektrik rendah contoh rumah kampung, rumah teres dan pangsapuri.

deposit meter 1 fasa

Senarai Deposit Meter 3 Fasa (Domestik)

Deposit meter 3 fasa kebiasaan untuk pengunaan bebanan elektrik adalah tinggi contoh rumah semi-d, rumah banglo dan kondominium.

deposit meter 3 fasa

Dokumen Permohonan Meter TNB

Kemasukkan semula/baru (Permohonan Individu - Pemilik):-

  • Salinan perjanjian jual beli (SNP) atau geran
  • Salinan kad pengenalan pemilik
  • Gambar meter atau bil elektrik terdekat (jika perlu)

Kemasukkan semula/baru (Permohonan Individu - Penyewa):-

  • Salinan perjanjian sewa (Tenancy agreement)
  • Salinan kad pengenalan penyewa
  • Salinan kad pengenalan pemilik
  • Surat kebenaran pemilik kepada penyewa untuk memohon meter ke TNB
  • Gambar meter atau bil elektrik terdekat (jika perlu)

Kemasukkan semula/baru (Permohonan Syarikat - Pemilik):-

  • Salinan perjanjian jual beli (SNP) atau geran
  • Salinan kad pengenalan pemilik atau pengarah
  • Salinan kad pengenalan wakil jika pemohon adalah wakil Syarikat
  • Surat kuasa (Letter head company) jika pemohon adalah wakil Syarikat
  • Salinan SSM Borang 49 dan 9 (jika Sdn. Bhd.)
  • Salinan Borang D dan Maklumat perniagaan (jika Enterprise)
  • Gambar meter atau bil elektrik terdekat (jika perlu)

Kemasukkan semula/baru (Permohonan Syarikat - Penyewa):-

  • Salinan perjanjian sewa (Tenancy agreement)
  • Salinan kad pengenalan pemilik atau pengarah
  • Salinan kad pengenalan wakil jika pemohon adalah wakil Syarikat
  • Surat kuasa (Letter head company) jika pemohon adalah wakil Syarikat
  • Salinan SSM Borang 49 dan 9 (jika Sdn. Bhd.)
  • Salinan Borang D dan Maklumat perniagaan (jika Enterprise)
  • Surat kebenaran pemilik kepada penyewa untuk memohon meter ke TNB
  • Gambar meter atau bil elektrik terdekat (jika perlu)

 

Perkhidmatan Pemasangan Meter TNB

Kami adalah syarikat kontraktor elektrik berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Berpengalaman dalam menguruskan permohonan meter elektrik 1 fasa dan 3 fasa dengan pihak TNB.

* Lokasi utama perkhidmatan adalah di sekitar Rawang, Kundang, Kuang, Sungai Buloh, Puncak Alam, Saujana Utama, Kuala Selangor, Damansara, Petaling Jaya, Selayang, Kepong, Setapak, Melawati, Gombak, Ampang, Cheras, Bangi, Puchong, Subang, Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya.

Sila hubungi kami untuk pertanyaan kos pemasangan meter tnb rumah, kedai dan pejabat.