Meter Bekalan Sementara
Kerja-kerja pemasangan kotak meter 3 fasa di tiang berdekatan untuk bekalan sementara bagi tapak projek membina workshop di tapak TNB PMU KL South.
Antara skop kerja yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah memasang kotak meter.
Kabel dari kotak meter ke db board dalam kabin juga perlu ditarik menggunakan kabel PVC 16mm
Mohon Bekalan Meter Sementara
Proses seterusnya adalah memohon untuk kemasukkan bekalan elektrik ke TNB.
Kelulusan permohonan telah diterima dalam masa 7 hari bekerja dan wang caj sambungan serta deposit juga telah dibayar ke TNB untuk proses pemasangan lengkap.
Kerja pemasangan meter bekalan sementara telah siap sepenuhnya dalam masa 2 minggu.
Bekalan Elektrik Sementara Tapak Projek
Pemasangan bekalan elektrik sementara di bangunan dan di tapak pembinaan adalah perlu untuk membolehkan lampu dan bekalan kuasa disediakan untuk keperluan semua pihak yang terlibat di tapak berkenaan.
Pemasangan sementara ini perlu juga mematuhi standard yang tinggi untuk menghindari kemunculan sebarang bahaya.
Pemasangan lampu di tapak pembinaan perlulah meliputi keperluan-keperluan berikut:
Lampu di kawasan kerja, terutama di dalam blok bangunan yang tidak mendapat cahaya.
Ruang legar, terutama di mana terdapat lantai yang tidak rata.
Lampu kecemasan, sepanjang lorong kecemasan, lampu ini perlu dari sumber kuasa yang berasingan, biasanya beroperasi menggunakan bateri.
Selain lampu, bekalan elektrik sementara juga digunakan untuk mesin-mesin, kerja-kerja pengimpalan, air-cond di pejabat tapak dan peralatan-peralatan tangan yang lain.
Untuk mendapatkan bekalan elektrik sementara, permohonan boleh dibuat melalui kontraktor elektrik berdaftar.
Setelah suatu projek tersebut siap, manakala bekalan elektrik tetap sudah boleh di perolehi.
Permohonan Bekalan Meter Sementara TNB
Hubungi kami untuk kerja-kerja permohonan bekalan meter sementara TNB.